Friday 20 September 2013

PusatDerma: Pusat Pengumpulan Derma

Assalamulaikum w.b.t dan Salam Sejahtera... 
Selawat dan Salam keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Website Pusat Derma merupakan hasil pembinaan Individu perseorangan yang ingin menyumbangkan sedikit sumbangan dalam menjayakan matlamat setiap Badan-Badan dan Persatuan yang ingin mengumpul dana dalam membangunkan aktiviti dan agenda ummah Umat Islam di Malaysia.

Pendekatan membina laman Website ini terhasil kerana melihat usaha Pendakwah, Guru Agama dan Pengusaha Persatuan Agama yang berpenat lelah dalam meminta bantuan dan sumbangan di seluruh pelusuh Malaysia yang mana tidak dibantu oleh medium elektronik yang dapat membantu Mereka dengan lebih berkesan.

Dengan Bakat dan Perhidmatan Saya sebagai pembuat website ini telah memberi idea dan ispirasi bagi saya untuk menyediakan satu website yang dapat mengumpul seberapa banyak badan persatuan yang ingin memohon dan menghendaki bantuan dari Sumbangan wang ringgi, harta dan keringat dari Masyarakat. 

Segala usaha saya sumbangkan disini tidak memgharapkan apa-apa balasan wang ringgit mahupun harta benda kecuali hanya ingin memohon dan mengharap Keredhaan, Keberkatan dan dimurahkan rezeki  didalam Kehidupan Saya menyara Diri sendiri dan Keluarga Tercinta dan dalam masa yang sama dapat membantu dakwah islam ini. 

Sekian, Terima Kasih.

p/s: Segala Maklumat adalah ditapis oleh Admin dan Sumbangan hanya dilakukan terus kepada Persatuan dan badan yang dipaparkan bukan melalui Admin. Harap Maklum.

0 comments: