Wednesday 8 January 2014

Berteduh di Bawah Tangga Masjid bersama 5 org Anak

[KASIH MUSTADH'AFIN CHARITY FUND]
Sebentar tadi saya bersama SUA Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu, Sdr Mohd Eikhwan Ali dan Bendahari, Sdr Ahmad Bahar (Abu Muiz Abms) berkesempatan mengunjungi sebuah keluarga yang ditimpa kesusahan setelah dihalau dari tempat tinggal akibat tidak mampu untuk membayar sewa yang mahal.

Apa yang amat menyedihkan, Sdr Hamadi yang bertugas sebagai Pengawal Keselamatan sekolah terpaksa meminta jasa baik pihak Masjid Amru Al Asr, Sentul untuk berteduh di bawah tangga masjid tersebut selepas tidak mempunyai tempat tinggal.

Bersama-sama Sdr Hamadi, isteri dan 5 orang anak yang masih bersekolah. Dengan pendapatan yang sangat rendah dan isteri yang tidak bekerja, Sdr Hamadi sangat memerlukan bantuan.

Sedih melihat keadaan beliau. Saya sempat bertanya abang Hamadi tentang pembelajaran anak-anak di sekolah, beliau hanya diam dan tersenyum sahaja. Paling menyedihkan apabila beliau bersama-sama isteri terpaksa keluar sebelum Subuh lagi untuk menghantar anak-anak ke sekolah di Setapak.

Apabila ditanya, naik bas ke kak? Jawapan beliau mengejutkan kami, mereka akan naik bas jika ada duit. Tetapi mereka tidak berduit, maka BERJALAN KAKI pilihan mereka. Bayangkan, berjalan kaki dari Sentul ke Setapak!

Dengan semangat KASIH SAYANG serta RAHMAT ALLAH, kami di pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu melancarkan 'KASIH MUSTADH'AFIN CHARITY FUND'.

Saudara Hamadi sangat memerlukan;
1. Sebuah rumah
2. Kenderaan
3. Duit perbelanjaan

Sebarang sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan:
Akaun Bank Islam
14069010012488

Untuk maklumat lanjut boleh SMS / Whatsapp /
Hubungi Sdr Hafizuddin di talian 014-5221840 atau mana-mana Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu.

Muhammad Hafizuddin MN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

SEBARKAN
Sumber dari FB

Monday 6 January 2014

Kisah Menyedihkan Adik Nurkhatijah dgn Yuran Syiling RM64.00

Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar  ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut.

Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.


Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. 

Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin  juga pemberian orang lain. 


Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

Nama sek: Sek agama integrasi ar rahmaniah,taman dagang,ampang;
Nama cikgu: Ustazah khadijah bt alang abu shuker,
Nama Pelajar; 
  1. nurkhatijah bt. Abdullah,
  2. norsyafiqah bt.abdul rahim,
No acc mbb cikgu: 158024762835. (TAK RASMI Since ada yg cuba Transfer tapi tak dpt.. Akan dibertahu nanti)
No hp Ustazah: 017-307-Lapan4kosongkosong.




Friday 27 September 2013

Adik Nur Adra Anies Memerlukan Pertolongan Anda

KHIDMAT MASYARAKAT SUMBANGAN DIPERLUKAN UNTUK RAWATAN ADIK KECIL INI SEBARKAN...
Disebalik wajahnya yg tenang, anak ini sebenarnya memerlukan RM50K bagi menampung kos perubatannya. kini dia di icu Institut Jantung Negara (IJN) .

Nama : Nur Adra Anies Abd Aziz
Umur: 5thn

Menghadapi masalah jantung sejak lahir kerana saluran jantung terbalik dan beberapa masalah lain spt jantung berlubang dan saluran jantung sempit. Kini mengalami masalah air dalam paru2 selepas pembedahan. Sudah di bedah sebanyak 4 kali. Perlu makan ubat seumur hidup. Skg masih dalam ICU. kos rawatan dan pembedahan setakat hari ini ialah RM50K

Dari itu, ringankanlah tangan kita utk menghulurkan bantuan kepada anak kecil ni dengan memberikan sumbangan menerusi 

Akaun CIBM : 14410076949528 (sabrina Ab Rahim)

Mudah2an dengan sumbangan anda semua, Adra mampu berlari ceria seperti biasa....AMIN...

Saturday 21 September 2013

Derma Pembinaan Kolej Islam Al-Azhar Sabah (KIAZS)

Assalamualaikum w.b.t.. 

Derma jihad diperlukan bagi membina Sebuah Kolej ISLAM Al-Azhar Sabah yang mana Kolej ini dibawah kelolaan Akademi Tahfiz Al-Quran Wal-Hadith dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bistari.

Sebuah institusi Gedung ilmu markas dakwah dan pentarbiyah yang pertama di Sabah menelan belanja sebanyak RM35 Juta anggaran yang diperlukan bagi pekara-pekara berikut:
  1. Pembelian Tanah dan prasarana langskap RM5 juta.
  2. Kos pembinaa Masjid RM5 juta.
  3. Kos pembangunan bangunan kolej blik kuliah RM5 juta.
  4. Kos pembinaan Sek Ren Islam Al Hufaz RM5 juta.
  5. Kos Pembinaan Sek Men Islam Al Hufaz RM5 juta.
  6. Kos pembinaan Rumah musafir golongan saudara baru dan Miskin RM5 juta.
  7. Kos padang trek, kolan renang, pertanian, perternakan, Rumah staff dan lain lain RM5 juta.
Hulurkan sumbangan derma, Zakat dan Wakaf Anda ke Akaun berikut:
Maybank Bank
Nama Penerima: Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith.
No Acc: 562263012940

Setelah itu SMSkan...
Nama Anda dan Nama2 yg mewakafkan...berserta dengan maklumat sumbangan.
RM:___ , Ke Akaun Penerimah: Akademi Tahfiz Alquran Wal Hadith, Hari: _____, Masa:____
Ke no tel berikut: 019.895.6542 (Ustaz Farhan)

Maklumam: Nilai sumbangan RM100.00 Sekaki persegi

Saham Akhirat:
Bila mati anak adam semuanya terputus melainkan tiga pekara: 
1. Sedekah Jariah
2. Ilmu bermanfaat.
3. Doa anak yang soleh

Untuk keterangan lanjut sila rujuk:
1. www.kiazs.blogspot.com 

Friday 20 September 2013

Memerlukan RM50,000.00 Dana Pusat Tahfiz Bestari dan Ataqwa


Assalamualaikum w.b.t... 
Kompleks Dahwah dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari & Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith (Ataqwa) memerlukan sumbangan derma, zakat dan sedekah sebanyak RM50,000.00 bagi mendirikan prasarana menaik taraf FASA 2 Pusat akedemik dan Pengajian Mereka yang sedang dalam pembinaan iaitu terdiri daripada:
1) Rumah Guru
2) Rumah Anak-Anak Yatim.
3) Kos pengajian pelajar Hafizah dan
4) Bilik Musafir

Mereka yang berbesar hati bolehlah menghulurkan sumbangan Mereka ke akaun perbankang diatas nama seperti berikut:
Nama Bank: 
Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith
No Akaun Maybank: 562263012940
Email: ust.farhan@gmail.com

 ---------------------@ -------------------
Nama Bank: 
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari
No Akaun Bank Islam: 12029010034937
No Akaun Maybank: 512268404947
Email: ust.farhan@gmail.com


Ingatlah: Apabila Anak Adam semunya terputus melainkan tiga pekara:
1) Sedekah Jariah, 2) Ilmu yang Bermanfaat, 3) Doa Anak yang Soleh ~ Al-Hadith.

Untuk keterangan lanjut tentang Tahfiz ini boleh lah rujuk ke website berikut: Tahfiz Ataqwa

PusatDerma: Pusat Pengumpulan Derma

Assalamulaikum w.b.t dan Salam Sejahtera... 
Selawat dan Salam keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Website Pusat Derma merupakan hasil pembinaan Individu perseorangan yang ingin menyumbangkan sedikit sumbangan dalam menjayakan matlamat setiap Badan-Badan dan Persatuan yang ingin mengumpul dana dalam membangunkan aktiviti dan agenda ummah Umat Islam di Malaysia.

Pendekatan membina laman Website ini terhasil kerana melihat usaha Pendakwah, Guru Agama dan Pengusaha Persatuan Agama yang berpenat lelah dalam meminta bantuan dan sumbangan di seluruh pelusuh Malaysia yang mana tidak dibantu oleh medium elektronik yang dapat membantu Mereka dengan lebih berkesan.

Dengan Bakat dan Perhidmatan Saya sebagai pembuat website ini telah memberi idea dan ispirasi bagi saya untuk menyediakan satu website yang dapat mengumpul seberapa banyak badan persatuan yang ingin memohon dan menghendaki bantuan dari Sumbangan wang ringgi, harta dan keringat dari Masyarakat. 

Segala usaha saya sumbangkan disini tidak memgharapkan apa-apa balasan wang ringgit mahupun harta benda kecuali hanya ingin memohon dan mengharap Keredhaan, Keberkatan dan dimurahkan rezeki  didalam Kehidupan Saya menyara Diri sendiri dan Keluarga Tercinta dan dalam masa yang sama dapat membantu dakwah islam ini. 

Sekian, Terima Kasih.

p/s: Segala Maklumat adalah ditapis oleh Admin dan Sumbangan hanya dilakukan terus kepada Persatuan dan badan yang dipaparkan bukan melalui Admin. Harap Maklum.